Monday, July 23, 2012

Kawan ep. 3

Apa yang aku ingin tuliskan pada kali ini tidaklah panjang mana, sekadar luahan isi hati bila mengenangkan seorang kawan. Perkenalan kami di Uitm Cawangan Kelantan apabila kami mula mengetahui bahawa kami adalah sama-sama berasal dari Terengganu. Selepas itu banyak masa kami luangkan bersama, sehingga kami berkongsi kisah suka duka menempuhi ranjau hidup ini. Walaupun kadangkala dia terasa bahawa dia perlu selalu mengalah apabila inhin berjumpa dengan aku,namun yang pasti apabila besama dengannya pasti dia yang paling aku hormati. Kadangkala apa yang dialami ku jadikan iktibar dalam aku menempuhi hidup ini. Sebenarnya susah bagi aku untuk update blog aku yang seberapa ini, tetapi apabila melihat blognya yang menggunakan sofware khusus untuk mengupdate blog, maka aku mengikuti jejak langkahnya. Apapun you always my buddy.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca,
Kini kita sudah sampai kembali pada bulan yang mulia,bulan Ramadhan yang menjanjikan keberkatan di dalam antara bulan. Aku amat bersyukur pada kali ini kerana dapat menunaikan ibadah puasa di kampung halaman. Tidak pada tahun-tahun sebelumnya yang mana berpuasa di perantauan...dulu rasa ingin pulang ke kampung menjadi sesuatu yang dinantikan...tapi kini menunggu mereka yang tersayang untuk pulang ke kampung halaman. Dan semoga dia cepat sembuh sebelum menjelang 1 Syawal.