Wednesday, June 23, 2010

Cerita pelangi hitam putih


Aku lihat layu dalam Melayu.Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak dan ada juga bercadang bertanya tuan punya tetapi bercampur risau dengan tak tergamak. Aku takut nanti dikata tak bersyukur dan dikata tak sedar diri, jadi aku pun menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui yang sebenarnya kita sendiri yang membiarkan bunga raya melayu ke kanan dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri.

Aku lihat layu dalam Melayu, tanah air kita yang punya yang dulunya kita siram kita baja, tapi angin api kita lupa."Takkan Melayu hilang di dunia" bak kata hang tuah,Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tidak dirasai.Kita petah berbahasa tapi kudrat langsung tak berjasa.Bila orang berbudi kita hanya tahu merasa. Kita selalu lari bila dirapat, selalu malu bila soalan diaju.Kita selalu segan memberi pendapat tapi rela mengikut dari meneraju. Sebelum menyanyi sudah bersorak dan suka berjanji dalam borak.Bukan nak kata tak ada otak tapi, cuma kita tak berfikir di luar kotak.

Dan aku mula menjadi sayu, "bunga" menangis "dia" mendayu yang mana mahu jadi cantik tetapi ragu-ragu.Bila hanya berbual mula makan angin dan perut mula kembung dan terasa mual, resah dan tidak senang hidup pun tak pernah lenang.Bila aku hunuskan keris, si musuh pula ada pistol, tradisi dikekalkan tapi adaptasi haruslah betul.

Bila bertukar pandangan dan senyum, dan mula bersalaman dan hanya sekadar berkawan dan bila cinta dah mula berputik, mulalah tak tidur malam dan berangan-angan jadi pasangan dan menjadi kenyataan.Dulu aku hilang separa masa bersama keluarga, teman-teman huru-hara takde lagi, tata, bye bye takde lagi huhu haha, takde lagi semua tu.

Dan kini..aku menyendiri dan terus memerhati..

Thursday, June 17, 2010

Kampung halaman


Tiba hujung bulan nie genaplah aku berada di hutan batu selama empat bulan dalam mencari rezeki.Banyak pengalaman dan perkara-perkara diluar jangkaan telah berlaku pada diri ini seterusnya dapat mendewasakan dan mematangkan akal fikiran ini yang sedia tak matang-matang.Tapi jauh di pelusuk lubuk hati ini tetap memeikirkan kampung halaman yang telah sekian lama ditinggalkan.

Dulu semasa belajar tidak pula terlintas di fikiran aku untuk berkerja di kota metropolitan yang sedai mencabar. Tapi, bak kata orang,jauh perjalanan luas permandangan.Tapi bila aku jenguk ke luar tingkap yang sempit ini, hanyalah pokok-pokok batu dan pokok-pokok tiruan yang tidak memerlukan penjagaan.

Banyak perkara-perkara baru yang aku pelajari tentang kehidupan di sini.Cara hidup di kota, perangai dan sikap, pergaulan bahkan perkara-perkara yang sebelum ini tidak terfikir di ruang minda juga terdapat di sini. Pernah juga terjadi pada aku yang sedang lepak bersama-sama rakan sepejabat di kedai mamak. tiba-tiba datang 2 orang gadis dan duduk di meja sebelah kami.Senyuman manis dilemparkan kepada diri ini dan terus aku tersentak kerana di fikiran aku mula terfikirkan, adakah aku ni terlalu kacak untuk gadis tersebut berbuat demikian? (ayat tak bleh blah).

Melihatkan kejadian tersebut, kawan aku mula mengatur ayat memulakan perbualan. Segalanya berjalan lancar sehinggalah...

"Pinjam duit RM 50"....kata si gadis,

Hati tu mula tersentak dan memikirkan sesuatu yang selama ini tidak pernah terfikir dalam kepala otak aku ni.

Apa pun yang terjadi banyak mengajar aku erti kehidupan.Yang pasti aku tidak sabar untuk melihat kampung halaman.

Wednesday, June 16, 2010

Award ter-istimewa


Salam berbahagia diucapkan pada segment penulisan pada kali ini.Kepada adik-adik,kakak-kakak dan mereka-mereka yang suka melayari internet tu, rapatkan muka pada skrin komputer mahupun laptop anda.Hari ini aku ingin bercakap pasal satu perkara, atau lebih lagi dikenali sebagai tabiat atau perilaku atau juga boleh disebut perangai, yang mana tak dapat nak dielakkan sewaktu berada di tempat kerja.

Aku paling suka pada perangai yang menguntungkan walaupun perangai sedemikian salah di sisi undang-undang.Benda yang menguntungkan patut di amik perhatian kerana ia menguntungkan.Tapi janganlah selalu buat, kerana ia akan mendatangkan kebencian.

Tabiat yang ingin aku perkatakan di sini adalah tabiat yang pastinya korunk sendiri tak suka.(aku berani kerat rambutlah kalau korunk suka tabiat ni).MAna tidaknya, selama berbulan-bulan aku melakukan kerja dan setakat ini menjadi salah seorang pekerja contoh (walaupun diorang tak iktiraf), mulalah timbul bibit2 pemesongan dan gangguan talian kerja aku yang selama ini berada di landasan yang lurus.Maklumlah, betul jugak kata orang, orang tak boleh tengok kita senang.

Hal demikian terjadi apabila sedang aku asyik menkey in data student ke dalam komputer yang tak berapa aku sayang, tetiba datang seorang perempuan (kategori makcik) telah mengeluarkan kata-kata yang sedikit mengoyahkan kesabaran ku.Nasib baik aku ke tempat kerja pakai kasut full hari nie (biasa pakai sliper jer), kalau tak dah melayang sliper aku kat kepala makcik tu.

Ayat manisnya berbunyi "kenapa u as a librarian tak tengok student bukak facebook" lantas dia belalu dengan senang hati dan membawa memek muka seperti baru kuar tandas, dan dia aderlah seorang berpangkat warden asrama....&*^*&^&**%^#%$$ itulah kata-yang terkeluar dari mulut manis ini selepas dier berlalu pergi.

Modus operandinya hanya berbekalkan rasa iri hati.

Dan dengan ini, award ter-istimewa ku berikan kepadanya.

Monday, June 14, 2010

Convoy da memory



Pernah teringat suatu masa dulu time timbulnya istilah "rempit" dan kini menjadi salah satu penularan budaya yang merunsingkan pihak "pak sedara" atau lebih dikenali lagi dengan panggilan "kuda putih". Kalau ditanya pasal rempit pada golongan-golongan veteren pastinya mereka tidak sukakan kelompok yang dinamakan dengan nama rempit.Tetapi pada mereka yang telah benar-benar tahu dan kenal dengan lebih mendalam pasal rempit adakah mereka tahu bahawa golongan ini juga banyak menyumbang kepada proses pertumbuhan pembangunan negara, walaupun tidak secara kasarnya.

Terdapat satu analisa yang telah dikeluarkan dan satu kenyataan menyebut bahawa golongan rempit di Malaysia lebih ramai jika dibandingkan dengan golongan Yakuza di Jepun. Ini menunjukkan bahawan pertumbuhan golongan bermotosikal ini jauh lebih pantas jika dibandingkan dengan golongan yakuza yang telah lama berkecimpung di dalam arena tersebut.

Jika dahulunya rempit juga lebih dikenali dengan nama mat motor, maka peredaran zaman turut sama sekali megubah nama tersebut kepada rempit dan seterusnya mengubah persepsi masyarakat dan sekali lagi namanya di uabh kepada samseng jalanan. Tetapi, adakah mereka benar-benar samseng di jalanan?Bak kata isteri P.Ramlee dalam lakonan filem 3 Abdul ketika mereka berjumpa di kedai muzik setelah malam pertama dikecewakan oleh ayah mertuanya,"dalam setandang pisang takkan semuanya busuk".

Kadang kala terfikir juga dibenak kepala ini adakah mereka yang memiliki motosikal akan di cop atau di label sebagai rempit? Kalau ya jawapannya, pastilah pakcik-pakcik tua yang memakai kopiah turut berang dengan masyarakat kerana membawa motosikal untuk ke masjid atau surau di labelkan sebagai rempit.Tapi, kenangan bersama tidak akan ku lupakan.

Sunday, June 13, 2010

Love is cinta


Bila je bercakap pasal perkataan ni, aku dah mula muak mendengarnya. "i love u" dan "love you too", sudah mula rimas dan jemu aku mendengarnya.Mana tidaknya, sebulan pertama, bak kata kawan aku "bau kentut pun wangi". Itulah yang diungkapkan oleh kawan aku bila mengetahui jika salah seorang daripada kami yang mula berputik cinta.Itulah jugak ungkapan yang pernah aku ungkapkan pada kawan2 aku yang lain apabila mereka mula dilamun cinta.

Tapi,terfikir jugak dalam benak kepala aku nie aper sebenarnya yang dikatakan orang dengan cinta.Adakah aku, mereka atau dia faham apa yang dikatakan dengan cinta?Tapi bagi aku,aku sebenarnya tidak faham apa yang sebenarnya dikatakan tentang cinta.Sebab,pengalaman yang pernah aku alami menunjukkan si dia tidak tahu yang aku cintakan dia.Everything become to worst.Kadang-kadang aku terfikir macam mana aku boleh terjerumus dalam perkara sebegini.Adakah takdir menentukan segalanya? Kerana aku tidak pernah mencari cinta.

Bila terpandangkan pasangan-pasangan lain yang bahagia bersama pasangan mereka, hati aku mula terdetik, mengapa aku tidak sebahagia mereka.Betul juga script yang dijayakan oleh cerita Farid Kamil babak Lagenda Budak Setan, "saya mencari cinta, bukan mencari perempuan.Tapi apa yang aku alami sekarang banyak membantutkan fikiran benakku ini dan banyak menganggu hidup aku.

Sebab aku sendiri sebanarnya tidak faham....apa itu cinta.

Thursday, June 10, 2010

Kawan


Bila jer bercakap pasal kawan fikiran aku mula diselubungi pelbagai kenangan-kenangan yang indah mahupun pahit apabila bersama dengan kawan-kawan. Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, minggu berganti minggu dan seterusnya. Tanpa aku sedari sebenarnya kehilangan ramai kawan-kawan yang selama ini bersama dengan aku.Membawa memori bersama-sama pergerakan waktu yang semakin pantas berlalu.

Bila je tiba hujung minggu di setiap minggu, hati dan otak terus memikirkan apakah yang hendak dilakukan pada hujung2 minggu.Kalau dahulu gelak tawa bersama kawan-kawan tidak pernah hilang di hujung minggu.Tapi apakan daya, keadaan merubah segalanya.Masa juga pantas berlalu dan juga merubah perilaku dan cara hidup manusia.Tidak terkecuali kawan-kawan aku sendiri.Apabila ditanya "kau tak kuar ker minggu nie? Apa barang duduk umah hujung minggu". Itulah ayat yang sering berkumandang ke corong telinga ini.Tapi apakan daya, hanya balasan senyuman yang dapat dilemparkan kepada yang bertanya.

Kadang-kadang pernah juga waktu dulu ketika aku terlalu sibuk di hujung minggu, terdengar suara laungan lantang dari kawan-kawan aku sendiri, "kau nie selalu jer kuar hujung minggu, aper cer?" lantas yang seorang lagi menjawab "komitmen dowh".Perkara yang sama aku buat, balasan senyuman turut aku lemparkan.

Tapi semua kenangan tu aku tak pernah lupakan dalam storage fikiran aku nie.Pernah juga kadang-kadang hati tersentak apabila sesuatu yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.Tapi aku cuba memahami, sebab aku turut mengalami. Masa dan waktu telah merubah segalanya, tapi apa yang dapat aku pastikan, aku tetap di sini ketika kamu memerlukan.

Kereta


Suasana dingin di waktu pagi memungkinkan aku untuk bangun apa lagi lagu kerja dendangan meet uncle husin yang selalu membingitkan telinga dikala pagi menjelma. Bersiap ke tempat kerja adalah sesuatu yang boleh dikatakan jihad dalam diri aku ni. Mana taknya, di kala malam terlalu asyik dengan movie baru tayangan astro.Melalutlah pulak.

Bercakap pasal kereta, entah kenapa semenjak 2 menjak ni perasaan membuak-buak memikirkan tentang kereta. Sesuatu yang sangat sukar untuk aku miliki. Maklumlah, masalahnya yang sama asyik aku dengari dari kawan2 aku, duit. Dan aku tidak terlepas daripada masalah sedemikian.

Menuju ke tempat kerja menjadikan keinginan aku semakin kuat untuk memiliki kereta.Mana tidaknya, pelbagai jenis kereta dengan bermacam-macam modifikasi yang dapat aku lihat. Bila merentasi stesen minyak berhampiran dengan tempat kawasan umah aku tinggal, sebijik VR4 yang dapat aku amati. Dan apabila memasuki federal highway berhampiran midvalley, maka sebijik lagi Passo kuning pisang melintas di tepi aku dengan lagak tuannya sambil menghisap rokok. Dan aku hanya mampu memerhati.(nasib baik tak langgar kereta depan). Dan apabila sampai di jambatan pulau pinang (PJ) aku akan mula melintas sebuah kereta buruk, putih lusuh (yang tunggu cat tertanggal) yakni sebuah AVY edisi pertama. Semua peristiwa ini membuatkan hati aku rasa membuak-buak untuk memiliki kereta. Namun apakan daya, hanya waktu dan ketika menentukannya.

Rasa macam janggal

Sebenarnya aku tak tahu apa yang aku nak tulis dalam blog nie.Tengok kawan-kawan main blog, aku pun turut nak main blog, tapi sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa yang hendak aku war-warkan pada umum.