Wednesday, June 23, 2010

Cerita pelangi hitam putih


Aku lihat layu dalam Melayu.Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak dan ada juga bercadang bertanya tuan punya tetapi bercampur risau dengan tak tergamak. Aku takut nanti dikata tak bersyukur dan dikata tak sedar diri, jadi aku pun menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui yang sebenarnya kita sendiri yang membiarkan bunga raya melayu ke kanan dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri.

Aku lihat layu dalam Melayu, tanah air kita yang punya yang dulunya kita siram kita baja, tapi angin api kita lupa."Takkan Melayu hilang di dunia" bak kata hang tuah,Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tidak dirasai.Kita petah berbahasa tapi kudrat langsung tak berjasa.Bila orang berbudi kita hanya tahu merasa. Kita selalu lari bila dirapat, selalu malu bila soalan diaju.Kita selalu segan memberi pendapat tapi rela mengikut dari meneraju. Sebelum menyanyi sudah bersorak dan suka berjanji dalam borak.Bukan nak kata tak ada otak tapi, cuma kita tak berfikir di luar kotak.

Dan aku mula menjadi sayu, "bunga" menangis "dia" mendayu yang mana mahu jadi cantik tetapi ragu-ragu.Bila hanya berbual mula makan angin dan perut mula kembung dan terasa mual, resah dan tidak senang hidup pun tak pernah lenang.Bila aku hunuskan keris, si musuh pula ada pistol, tradisi dikekalkan tapi adaptasi haruslah betul.

Bila bertukar pandangan dan senyum, dan mula bersalaman dan hanya sekadar berkawan dan bila cinta dah mula berputik, mulalah tak tidur malam dan berangan-angan jadi pasangan dan menjadi kenyataan.Dulu aku hilang separa masa bersama keluarga, teman-teman huru-hara takde lagi, tata, bye bye takde lagi huhu haha, takde lagi semua tu.

Dan kini..aku menyendiri dan terus memerhati..

No comments:

Post a Comment