Thursday, June 10, 2010

Kawan


Bila jer bercakap pasal kawan fikiran aku mula diselubungi pelbagai kenangan-kenangan yang indah mahupun pahit apabila bersama dengan kawan-kawan. Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, minggu berganti minggu dan seterusnya. Tanpa aku sedari sebenarnya kehilangan ramai kawan-kawan yang selama ini bersama dengan aku.Membawa memori bersama-sama pergerakan waktu yang semakin pantas berlalu.

Bila je tiba hujung minggu di setiap minggu, hati dan otak terus memikirkan apakah yang hendak dilakukan pada hujung2 minggu.Kalau dahulu gelak tawa bersama kawan-kawan tidak pernah hilang di hujung minggu.Tapi apakan daya, keadaan merubah segalanya.Masa juga pantas berlalu dan juga merubah perilaku dan cara hidup manusia.Tidak terkecuali kawan-kawan aku sendiri.Apabila ditanya "kau tak kuar ker minggu nie? Apa barang duduk umah hujung minggu". Itulah ayat yang sering berkumandang ke corong telinga ini.Tapi apakan daya, hanya balasan senyuman yang dapat dilemparkan kepada yang bertanya.

Kadang-kadang pernah juga waktu dulu ketika aku terlalu sibuk di hujung minggu, terdengar suara laungan lantang dari kawan-kawan aku sendiri, "kau nie selalu jer kuar hujung minggu, aper cer?" lantas yang seorang lagi menjawab "komitmen dowh".Perkara yang sama aku buat, balasan senyuman turut aku lemparkan.

Tapi semua kenangan tu aku tak pernah lupakan dalam storage fikiran aku nie.Pernah juga kadang-kadang hati tersentak apabila sesuatu yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.Tapi aku cuba memahami, sebab aku turut mengalami. Masa dan waktu telah merubah segalanya, tapi apa yang dapat aku pastikan, aku tetap di sini ketika kamu memerlukan.

No comments:

Post a Comment