Monday, June 14, 2010

Convoy da memory



Pernah teringat suatu masa dulu time timbulnya istilah "rempit" dan kini menjadi salah satu penularan budaya yang merunsingkan pihak "pak sedara" atau lebih dikenali lagi dengan panggilan "kuda putih". Kalau ditanya pasal rempit pada golongan-golongan veteren pastinya mereka tidak sukakan kelompok yang dinamakan dengan nama rempit.Tetapi pada mereka yang telah benar-benar tahu dan kenal dengan lebih mendalam pasal rempit adakah mereka tahu bahawa golongan ini juga banyak menyumbang kepada proses pertumbuhan pembangunan negara, walaupun tidak secara kasarnya.

Terdapat satu analisa yang telah dikeluarkan dan satu kenyataan menyebut bahawa golongan rempit di Malaysia lebih ramai jika dibandingkan dengan golongan Yakuza di Jepun. Ini menunjukkan bahawan pertumbuhan golongan bermotosikal ini jauh lebih pantas jika dibandingkan dengan golongan yakuza yang telah lama berkecimpung di dalam arena tersebut.

Jika dahulunya rempit juga lebih dikenali dengan nama mat motor, maka peredaran zaman turut sama sekali megubah nama tersebut kepada rempit dan seterusnya mengubah persepsi masyarakat dan sekali lagi namanya di uabh kepada samseng jalanan. Tetapi, adakah mereka benar-benar samseng di jalanan?Bak kata isteri P.Ramlee dalam lakonan filem 3 Abdul ketika mereka berjumpa di kedai muzik setelah malam pertama dikecewakan oleh ayah mertuanya,"dalam setandang pisang takkan semuanya busuk".

Kadang kala terfikir juga dibenak kepala ini adakah mereka yang memiliki motosikal akan di cop atau di label sebagai rempit? Kalau ya jawapannya, pastilah pakcik-pakcik tua yang memakai kopiah turut berang dengan masyarakat kerana membawa motosikal untuk ke masjid atau surau di labelkan sebagai rempit.Tapi, kenangan bersama tidak akan ku lupakan.

No comments:

Post a Comment