Wednesday, July 28, 2010

Kampung halaman ep. 2


Dah sampai penghujung bulan 7, yakni bersamaan dengan bulan Julai tahu 2010. Tinggal lagi 2 hari untuk masuk ke bulan yang aku nanti-nantikan, bulan kemerdekaan juga ketibaan bulan Ramadhan. Tapi puasa aku tahun ini disambut dengan sedikit kesayuan dalam hati, mana tidaknya, tiada lagi lauk pauk masakan ibuku yang dapat aku jamah dan tiada lagi hilai tawa ketika berbuka puasa bersama keluarga. Apapun yang aku tempuhi harus dihadapi dengan tenang, kerana itulah salah satu cabaran dari segi psikologi yang biasa dialami oleh seorang anak rantau seperti aku.

Tapi aku mungkin tidak terlalu sedih, kerana diawal usia muda aku dulu aku selalu berjauhan dari keluarga. Lepas tingkatan 3, terus aku memegang posisi sebagai anak rantau walaupun tempat aku merantau itu di dalam negeri sendiri. Tamat spm, masih lagi terpaksa merantau walaupun hanya bersebelahan negeri. Tetapi waktu itu banyak mengajar aku untuk hidup berdikari. Dan seterusnya merantau lagi hingga aku betul- betul telah merasa letih. Jauh perjalanan luas permandangan. Bak kata orang-orang tua. Tapi semua bergantung pada diri masing-masing jika kita mula membuka minda kita.

Selepas tamat pangajian, kepala aku mula memikirkan dan menghalang diri aku untuk merantau, tetapi apakan daya, kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Aku tetap memegang nama anak rantau. Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau mengaum, lebih baik duduk umah. Sapa suruh ko pergi masuk kandang haiwan tu!!takda akai ka?

Maka menetaplah aku di negeri orang. Tetapi, 2 hari lagi menjanjikan aku akan pulang ke kampung halaman. Membawa senyuman termanis untuk insan-insan yang tersayang..

No comments:

Post a Comment