Monday, July 12, 2010

Kawan ep. 2


Di sini aku saja2 ingin menceritakan kisah, bukan kisah jugaklah, apa yang sebenarnya aku lakukan di hujung minggu yang lepas. Betul kata orang, berkawan biar beribu dan berkasih biar satu. Tetapi kenapa mereka tak sebut pasal berkahwin? Berkahwin pulak berapa?..tanya hati tanya rasa.

Hujung minggu yang lalu ketika aku bermain muka buku, yakni lebih dikenali sebagai facebook dalam bahasa Melayunya, minda aku memikirkan apakah yang akan ku lalukan pada hujung minggu. Biasalah perkara macam ni akan bermain di fikiran bila kita berada di dalam keadaan tiada siapa yang menemani. Lantas aku mulalah menggapai telefon mudah alih kesayanganku dan mendail nombor-nombor yang sepatutnya. Mesej dihantar. Tapi tiada jawapan yang yang diterima. Aku mula faham kerana itulah petanda awal yang menunjukkan aku akan keseorangan pada hujung minggu ni..Hati mula berasa sedikit sayu bila memikirkan keadaan yang aku alami..

Hari Sabtu menjanjikan hidangan bantal empuk di katil dan disitulah aku beradu, sambil menantikan panggilan dari individu yang bergelar kawan. Satu demi satu senarai nama dalam telefon mudah alih ku tatap. Aku mempunyai ramai kawan. Tapi ...., kesibukan kerja dan komitment menjadikan aku faham keadaan mereka. Maka sabtu ku cuma berakhir di rumah bersama bantal empuk dan tilam eric (entah aper nama aku pun lupa). Aku menantikan hari esok dan berharap perubahan akan berlaku.

Hari Ahad, tanggal 11 Julai 2010, pagi itu aku bangun agak lewat kerana pada malan hari sebelumnya aku telah menonton semua cerita yang berasa di semua siaran sehingga mata mudah terasa pedih dah sakit. Bangun pagi aku pada pagi itu ditemani sedikit silauan cahaya matahari yang dapat mencelah di ruang tingkap yang sedikit terbuka, yang mana silauan itu membolehkan aku melihat habuk-habuk yang berterbangan akibat tiupan angin waktu pagi yang menghembus lembut. Seperti biasa, telefon mudah alih ku tatap lagi, tiada miss call atau lebih senang di sebut, panggilan yang terlepas.macam mana terlepas panggilan??pening-pening.

Aku mengeluh lagi dan menjangkakan hari ini seperti hari-hari semalam. Tiba-tiba, berkeping pesanan sms membuatkan hati kau berbunga-bunga. Mana tidaknya, hari ini hari yang mula menampakkan cahayanya.

Pesanan ringkas tersebut tertulis begini:

Dari Kajang : Lu apa ceta bro?
Dari Penulis : Tada apa2 ceta, wa lepak umah jer.
Dari Kajang : Aper ceta lu lepak umah nie der, layan jiwang ke der?
Dari Penulis : Sesaja.
Dari Kajang : Lu tunggu wa datang der. Hari nie kita pusing Selangor. Amacam? Lu berani..?
Dari Penulis : Lu jangan buat giler der nak datang dari Kajang.
Dari Kajang : Der, jangan cakap banyak lah der, wa sampai wa mesej der.Der tunggu jer wa
sampai.
Dari Penulis : Ma'wne? (mane versi perli)
Dari Kajang : Dataran Merdekalah der. Lagi mau tanya ka?
Dari Penulis : Okai...

Maka, dalam fikiran ku terbayang apakah yang akan dilakukan bila bersamanya, kerana....Jam menunjukkan waktu 7.30 pm. Dataran Merdeka pada waktu ini, mengeluh aku dibuatnya.Mana taknya, terlalu ramai nyamuk-nyamuk yang berkeliaran, dan melepaskan asap ibarat pejabat kesihatan melakukan fogging. Tiada aktiviti lain yang akan dilakukan bila bersamanya,..yang pasti, aku merasai apa yang telah lama aku tinggalkan. Dan dia, datang tepat pada masanya.

From Kajang with steel heart-to Kuala Lumpur with the slow one.

Kajang->Kuala Lumpur-> Shah Alam-> Puchong-> Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment