Thursday, April 7, 2011

Kereta Ep. 2

Pernah pertama kali time aku create blog nie aku postkan pasal kereta. Berceritakan tentang kereta yang aku ternampak dijalanan time aku hendak ke tempat kerja. Aku pun tak pasti sama ada aku nie minat pada kereta atau tak. Sebab dulu tiada sikit pun rasa dalam hati nak pakai kereta, apatah lagi untuk membeli kereta. Tapi semua tu berubah apa bila sedikit demi sedikit aku didorong oleh abang ku sendiri untuk masuk dalam arena "kedai potong". Maka di sinilah ceritanya bermula.

Projek pertama yang dijalankan adalah projek untuk meng"konvert"kan myvi kepada passo. tapi semua ti terbantut apabila barang passo baru sahaja dibawa masuk ke Malaysia dan maklumlah bila barang mula diperkenalkan harganya mesti geleng kepala punya. Jadi niat tersebut dibatalkan dan keputusan telah dibuat untuk membiarkan myvi tersebut buruk dahulu. Apabila niat tersebut dibatalkan, maka niat lain pula diteruskan. Projek kedua melibatkan tugas untuk meng"konvert" proton saga lama ke mitsubishi fiore c14. Projek tersebut turut terbantut kerana kereta tersebut terpaksa djualkan kerana terdapat pembeli yang sanggup membeli kereta tersebut.

Niat untuk menjalankan dua projek tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang disebutkan tadi. Tetapi perasaan untuk meng"konvert"kan sebuah kereta kepada kereta lain terus membuak-buak. Maka projek ketiga telah mendapat persetujuan semua pihak. Dengan pemilihan kereta buatan Malaysia keluaran Perodua tahun 2001, maka Kelisa menjadi pilihan. Proses meng"konvert" kelisa ini berjalan selama beberapa bulan memandangkan kekangan masa yang tidak mengizinkan. Projek yang dijalankan ini adalah untuk meng"konvert" kelisa keluaran tahun 2001 ini kepada Daihatsu Cuore Tr. Sedikit demi sedikit komponen Coure Tr mula melekat pada chasis kelisa tadi.

Projek tersebut membuahkan hasil apabila kelisa ini lengkap di "konvert". Dan kini projek ke - 4 dan ke- 5 masih lagi dalam perancangan. Hanya masa dan tempat menentukannya... avy dan move...ko tunggu... keecchiiiing....keechiingg.....!!!!!!

Monday, January 31, 2011

1 tahun ++ lepas = ?

Masa tu aku pun masih belajar jugak macam ikangskila. Bila aku ingat dan imbau balik masa-masa time tu, aku rase jugak bersyukur sangat-sangat dengan masa sekarang nie. Sebab bersyukur aku dah berjaya kurangkan berat badan. Tak tipu punya. Sebab tak cukup makan wo...

Teringat dulu bila...

...bila dah dapat loan, bukan main hepi lagi aku. Aku hepi disebabkan dapat bayar duit sewa rumah untuk 6 bulan terus. Terus takde duit nk bershoping. Nak taknak kena pergi ke bundle, beli baju bundle, dahlah beli kat bundle, beli pun secara bundle. Jenama pun entah hapa-hapa tapi aku tak kisah la sebab orang tak tanya pun jenama apa, kan. Asalkan ok dan aku ada banyak baju nak dipakai dan ank digayakan.

...cuti sem bermula. Cuti sem pun aku rileks-rileks jer. Tak cari kerja pun.. Pastu masa tu la nak beli jeans ke ape. Tak mampu aku nak pakai jeans mahal. Lepas tu tak beli terus..

...bila pegi ke kelas..
Pedih hati bila tengok kawan-kawan pakai barang branded...kita pulak pakai baju bundle jer.
Pedih hati sebab tengok kawan-kawan ada laptop. Menggalas laptop ke kelas. (macam best-best student tu)
Pedih hati bila tengok kawan-kawan pakai handset yang ade 3G, aku plak pakai hp camera pun takde..kalau ada hp tu ada kemera pun just untuk amik gambar jer, video tak boleh nak amik, tu pun gambar dalam siaz VGA..

...bila kuar jalan-jalan.
Pedih hati bila tengok kawan-kawan mampu kuar outing dan pergi makan kat fastfood. Aku pulak tak habis-habis rembat mee sedap sampai buasir jadiknya sekarang..
Pedih hati tengok kawan-kawan balik shoping. Aku pun pergi jugak shopping tapi kat bundle. Tak pun window shopping.

...bila tengok diri sendiri.
serba kekurangan.
tak ada pape.
tak pandai lagi tak hensem.
kene blacklist ngan roomate..

...bila g ATM bank islam.
hampeh..


***
Betul-betul susah la masa tu (walaupun sampai melarat)...Tapi kalau tak kenal susah, mana nak kenal senang kan?

Wednesday, December 22, 2010

Love is cinta Ep.2


Dah lama rasanya tidak menulis di ruangan nie..mana tidaknya, kerja seharian masih lagi membelenggu diri..disulami dengan aktiviti yang membunuh masa-masa terluang..hari-hari yang menjanjikan kebahagian kadang-kadang juga akan disulami dengan kedukaan.Itulah lumrah hidup yang mesti dihadapi. Kadang-kadang terfikir dalam benak otak ini, setiap perhubungan perlukah wujudnya persengketaan.

Aku dapat mendengar luahan yang dikeluarkan rakan-rakan, tapi bila berfikir sejenak, apa yang dinasihatkan tidak juga aku gunakan pada diri sendiri. Benarlah apa yang dikatakan orang, cakap memang senang, tapi bahu yang memikul amatlah sukar untuk melakukannya. Sampai bila hidup ini harus diselubungi berlenggu perasaan yang tak pasti..

Wednesday, July 28, 2010

Kampung halaman ep. 2


Dah sampai penghujung bulan 7, yakni bersamaan dengan bulan Julai tahu 2010. Tinggal lagi 2 hari untuk masuk ke bulan yang aku nanti-nantikan, bulan kemerdekaan juga ketibaan bulan Ramadhan. Tapi puasa aku tahun ini disambut dengan sedikit kesayuan dalam hati, mana tidaknya, tiada lagi lauk pauk masakan ibuku yang dapat aku jamah dan tiada lagi hilai tawa ketika berbuka puasa bersama keluarga. Apapun yang aku tempuhi harus dihadapi dengan tenang, kerana itulah salah satu cabaran dari segi psikologi yang biasa dialami oleh seorang anak rantau seperti aku.

Tapi aku mungkin tidak terlalu sedih, kerana diawal usia muda aku dulu aku selalu berjauhan dari keluarga. Lepas tingkatan 3, terus aku memegang posisi sebagai anak rantau walaupun tempat aku merantau itu di dalam negeri sendiri. Tamat spm, masih lagi terpaksa merantau walaupun hanya bersebelahan negeri. Tetapi waktu itu banyak mengajar aku untuk hidup berdikari. Dan seterusnya merantau lagi hingga aku betul- betul telah merasa letih. Jauh perjalanan luas permandangan. Bak kata orang-orang tua. Tapi semua bergantung pada diri masing-masing jika kita mula membuka minda kita.

Selepas tamat pangajian, kepala aku mula memikirkan dan menghalang diri aku untuk merantau, tetapi apakan daya, kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Aku tetap memegang nama anak rantau. Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau mengaum, lebih baik duduk umah. Sapa suruh ko pergi masuk kandang haiwan tu!!takda akai ka?

Maka menetaplah aku di negeri orang. Tetapi, 2 hari lagi menjanjikan aku akan pulang ke kampung halaman. Membawa senyuman termanis untuk insan-insan yang tersayang..

Wednesday, July 21, 2010

Cerita pelangi hitam putih ep. 2


Salam kepada semua pembaca blog aku 2 3 empat kerat jer nie. Takde apa yang nak aku coretkan pada pagi Khamis yang mendung lagi indah ini. Tapi marilah kita mulakan.

Biasalah kedatangan aku di waktu pagi ke pejabat pasti dimulakan dengan ucapan pembukaan bismillah. Dan memandangkan tempat aku kerja nie meliputi ramai bangsa-bangsa dari kalangan mereka yang kurang aku berkomunikasi, maka terpaksalah ucapan salam digantikan dengan "Hye, good morning,how are you today?" Tapi memandangkan aku dah biasa dan hari-hari mengucapkan perkataan yang sama, maka tidak pula aku merasa janggal dengan apa yang aku ucapkan.

Aktiviti pagi aku di pejabat mula dimulakan dengan melihat email-email yang berada di akaun email-email aku. (Kantoi banyak akaun email). Manalah tahu terdapat peluang kerja yang lebih baik memanggil untuk menginterview aku nie yang tak seberapa hebat dalam bidang pekerjaan. Tapi bak kata orang, rezeki, jodoh pertemuan, ajal dan maut semua di tangan tuhan. Kita hanya mampu berusaha dah terus berusaha tanpa perasaan putus asa.

Tabiat aku jugak diwaktu pagi suka membaca blog-blog rakan yang mana bermacam-macam coretan yang dapat aku baca. Ada yang bercerita tentang kehidupan, update pekerjaan, luahan perasaan, masalah dalaman dan bermacam-macam lagi. Bermacam-macam info dan teladan yang dapat aku ambil dan simpulkan bagi menjadi iktibar bagi menempuh kehipudupan yang bakal mendatang.

Hidup tak semestinya kita selalu berada di atas. Kadangkala kita akan berada di bawah dan kadangkala juga kita akan berada di atas. Jati diri siapa sebenarnya kita dan dari mana kita bermula seharusnya tidak harus dilupakan, walaupun pelbagai persekitaran yang kita tempuhi. Apa yang kita jalani dalam kehidupan ini sebenarnya mudah, cuma kita menyulitkan dan memikirkannya terlalu komplex sehinggakan mencampuri emosi, akal fikiran dan perbuatan yang kita hendak lakukan. Kejayaan yang dikecapi haruslah disyukuri, walaupun kita tak mencapai apa yang dihajatkan.

Jika kita melihat kejayaan seseorang, jadikan ia suatu perangsang dalam kita menempuhi hidup ini, walaupun si yang berjaya riak tak sombong dengan kejayaan nya.

Hidup ini sebenarnya mudah, harungi dan hadapi dangan tenang.


Monday, July 12, 2010

Kawan ep. 2


Di sini aku saja2 ingin menceritakan kisah, bukan kisah jugaklah, apa yang sebenarnya aku lakukan di hujung minggu yang lepas. Betul kata orang, berkawan biar beribu dan berkasih biar satu. Tetapi kenapa mereka tak sebut pasal berkahwin? Berkahwin pulak berapa?..tanya hati tanya rasa.

Hujung minggu yang lalu ketika aku bermain muka buku, yakni lebih dikenali sebagai facebook dalam bahasa Melayunya, minda aku memikirkan apakah yang akan ku lalukan pada hujung minggu. Biasalah perkara macam ni akan bermain di fikiran bila kita berada di dalam keadaan tiada siapa yang menemani. Lantas aku mulalah menggapai telefon mudah alih kesayanganku dan mendail nombor-nombor yang sepatutnya. Mesej dihantar. Tapi tiada jawapan yang yang diterima. Aku mula faham kerana itulah petanda awal yang menunjukkan aku akan keseorangan pada hujung minggu ni..Hati mula berasa sedikit sayu bila memikirkan keadaan yang aku alami..

Hari Sabtu menjanjikan hidangan bantal empuk di katil dan disitulah aku beradu, sambil menantikan panggilan dari individu yang bergelar kawan. Satu demi satu senarai nama dalam telefon mudah alih ku tatap. Aku mempunyai ramai kawan. Tapi ...., kesibukan kerja dan komitment menjadikan aku faham keadaan mereka. Maka sabtu ku cuma berakhir di rumah bersama bantal empuk dan tilam eric (entah aper nama aku pun lupa). Aku menantikan hari esok dan berharap perubahan akan berlaku.

Hari Ahad, tanggal 11 Julai 2010, pagi itu aku bangun agak lewat kerana pada malan hari sebelumnya aku telah menonton semua cerita yang berasa di semua siaran sehingga mata mudah terasa pedih dah sakit. Bangun pagi aku pada pagi itu ditemani sedikit silauan cahaya matahari yang dapat mencelah di ruang tingkap yang sedikit terbuka, yang mana silauan itu membolehkan aku melihat habuk-habuk yang berterbangan akibat tiupan angin waktu pagi yang menghembus lembut. Seperti biasa, telefon mudah alih ku tatap lagi, tiada miss call atau lebih senang di sebut, panggilan yang terlepas.macam mana terlepas panggilan??pening-pening.

Aku mengeluh lagi dan menjangkakan hari ini seperti hari-hari semalam. Tiba-tiba, berkeping pesanan sms membuatkan hati kau berbunga-bunga. Mana tidaknya, hari ini hari yang mula menampakkan cahayanya.

Pesanan ringkas tersebut tertulis begini:

Dari Kajang : Lu apa ceta bro?
Dari Penulis : Tada apa2 ceta, wa lepak umah jer.
Dari Kajang : Aper ceta lu lepak umah nie der, layan jiwang ke der?
Dari Penulis : Sesaja.
Dari Kajang : Lu tunggu wa datang der. Hari nie kita pusing Selangor. Amacam? Lu berani..?
Dari Penulis : Lu jangan buat giler der nak datang dari Kajang.
Dari Kajang : Der, jangan cakap banyak lah der, wa sampai wa mesej der.Der tunggu jer wa
sampai.
Dari Penulis : Ma'wne? (mane versi perli)
Dari Kajang : Dataran Merdekalah der. Lagi mau tanya ka?
Dari Penulis : Okai...

Maka, dalam fikiran ku terbayang apakah yang akan dilakukan bila bersamanya, kerana....Jam menunjukkan waktu 7.30 pm. Dataran Merdeka pada waktu ini, mengeluh aku dibuatnya.Mana taknya, terlalu ramai nyamuk-nyamuk yang berkeliaran, dan melepaskan asap ibarat pejabat kesihatan melakukan fogging. Tiada aktiviti lain yang akan dilakukan bila bersamanya,..yang pasti, aku merasai apa yang telah lama aku tinggalkan. Dan dia, datang tepat pada masanya.

From Kajang with steel heart-to Kuala Lumpur with the slow one.

Kajang->Kuala Lumpur-> Shah Alam-> Puchong-> Kuala Lumpur

Monday, July 5, 2010

Jauh menyimpang di persimpangan

Dulu, semasa mula melanjutkan pelajaran di sekolah menengah, dididik dan diasuh bagaikan kain putih yang ingin dicorakkan warnanya. Dan mula berpindah ke sekolah menengah teknik dimana di situ di ajar erti kehidupan, berdikari, agama dan penentuan soal hidup yang belum tentu di masa hadapan. Syukur kepada-NYA bila dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading.Menara gading, kenapa di panggil menara gading.Tidak menara tanduk ke, menara yang tinggi ke..tapi menara gading.

Bermula di sini kisah kehidupan seorang dewasa pun bermula.Ranjau kehidupan dan halangan-halangan getir mula bertambah. Berbeza daripada kehidupan di sekolah menengah dahulu. Kini melangkau ke alam pekerjaan, semakin lama semakin kecundang. Sedikit demi sedikit kelalaian, kelekaan di adaptasi di dalam cerita kehidupan. Dan masa semakin pantas berlalu, meninggalkan persoalan dan pertanyaan dalam ruang benak minda. Benarlah kata orang zaman dahulu kala, hidup tak selalunya kita berada di atas...